KUCHING: Syarikat dari Australia, Element 25 Limited bercadang mahu melabur di Sarawak.
Sehubungan itu, syarikat terbabit yang berminat melabur dalam pengeluaran manganese sulphate berketulenan tinggi telah melawat negeri ini bagi melakukan kajian kebolehlaksanaan projek itu.
Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan telah mengadakan pertemuan dengan wakil syarikat terbabit yang juga Pengurus Pembangunannya, Niel Graham serta Penasihat Negaranya, Azli Mohd Zin
di Wisma Sumber Alam.
Menurut kenyataan media hari ini, pertemuan terbabit juga dihadiri Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan, Datuk Malcolm Mussen Lamoh dan pemangku Setiausaha Tetap kementerian itu, Dzulkornain Masron.
Pertemuan itu merupakan susulan lawatan delegasi negeri ini diketuai Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan ke Australia. Mereka turut diberi taklimat mengenai cadangan syarikat itu.
Sumber dari : Jiwa Bakti